6.6.17
Aku anak tragedi double six Sabah
Aku anak kelahiran Sabah pada 6 Jun 1976.
Tarikh itu adalah tarikh keramat dalam sejarah Sabah. Ianya telah mencatatkan gugurnya pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.
Mereka ialah:
1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)
Setiap tahun aku akan bertafakur seketika untuk mereka kerana misteri pemergian mereka masih belum terungkai tragedinya. Banyak spekulasi mengenainya cuma yang pasti tragedi itu telah memberi kesan pada kepimpinan kerajaan negeri Sabah.
Gambar ini dari sumber sebuah akhbar yang menerbitkan berita tragedi itu. Ianya untuk koleksi simpanan kenangan kepada saya.















0 komen:
Post a Comment